Sakit Berkerusi Roda, Remaja Hidap Leukemia Cari Darah Jenis O


Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal daripada sum-sum tulang. Kekerapan penyakit ini terjadi adalah sebanyak tiga dalam 100,000 orang dan dua kali ganda lebih kerap terhadap golongan lelaki berbanding wanita.

Terbaru, seorang remaja lelaki yang berasal dari Sarawak turut mengalami penyakit yang sama dimana dia kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.


Menurut seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @zuelkiply, remaja lelaki iaitu Mohd Hafizuddin Saroji sedang memerlukan bantuan daripada penderma berdarah ‘O’.

Oleh kerana itu, @zuelkiply telah meminta semua warga Twitter yang membaca tweet tersebut untuk mencari penderma yang sesuai untuk didermakan kepada Hafizuddin.


“[Mohon share] Sekiranya kita bukan kategori darah ‘O’, sekurang-kurangnya kita bantu adik ini dan keluarganya untuk mencari penderma darah ‘O’.
“Mohon bantuan dan sokongan semua penderma darah kategori O untuk adik ini,” ujarnya.


Dalam masa yang sama, dia turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan buat remaja yang berusia 17 tahun berkenaan supaya dapat sembuh seperti sediakala.

Posting tersebut mendapat perhatian warga netizen yang rata-ratanya membantu @zuelkiply dengan mengulang kicau tweet berkenaan disamping memberikan kata-kata semangat buat remaja terbabit.

Saya darah O tapi jauh la pula


Saya cuma boleh tolong retweet je


Semoga diberi kesembuhan


Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan


Alamak, bulan lepas dah menderma


Nak menderma tapi saya ada sakit Thalassemia


Kesiannya dekat adik Hafiz ni. Korang yang mana duduk borneo tu tolonglah retweet, kot-kot terjumpa penderma yang sesuai. Semoga adik Hafiz sembuh dengan segera. Aamiin!

Sumber : Twitter via https://ohmymedia.cc
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment