Anwar Ibrahim Tinggalkan Istana Negara Selepas Menghadap YDPA, Pengumuman Penting Jam 2 Petang Ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan perkarangan istana selepas lebih kurang satu jam mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat keluar dari Istana Negara pada 11.30 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara. Sepanjang jalan keluar, laungan reformasi berkumandang.

Bagaimanapun, Anwar tidak memberhentikan kenderaan dan hanya melambai ke arah penyokongnya. Beliau juga tidak mengulas pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Sementara itu, pihak media dimaklumkan beliau akan membuat pengumuman penting pada satu sidang media khas pada jam 2 petang ini.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment