23 Sekolah Tak Dapat Mulakan Sesi Persekolahan Esok


HULU TERENGGANU - Sebanyak 23 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dijangka tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 esok akibat banjir ekoran hujan lebat melanda sejak malam tadi.

Pengawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail berkata, selain dilanda banjir dan dijadikan pusat pemindahan mangsa, kebanyakan sekolah berkenaan terputus hubungan setelah laluan dinaiki air.

“Jumlah ini berdasarkan keadaan semasa setakat ini (jam 4 petang) dan kita akan kemas kini data dari semasa ke semasa. Namun, jika air surut malam ini sesi persekolahan tahun 2017 hari pertama esok akan berjalan seperti biasa.

"Sekolah Kebangsaan(SK) Tengkawang digunakan sebagai pusat pemindahan mangsa. Manakala, antara sekolah terlibat banjir  iaitu ialah SK Teris, SK Tapah,  SK Kua, SK Kuala Ping serta SK Tengkawang serta Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

“Sekolah yang terputus hubungan ekoran laluan dinaiki air antaranya ialah SK Padang Setebu, SK SungaI Berua, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Nibong, SK Betong, SK Padang Setar, SK Cheting, SK Bukit Tadok, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Menerong dan SMK Kuala Jeneris,” katanya.

Tambah Jalaludin, pihaknya juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air banjir bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini. - Sehinggit Media

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

1 comments:

  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    ReplyDelete