5 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Suka Wanita Yang Berisi


Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mempunyai teman lelaki berbanding dengan wanita yang kurus? Hakikatnya, di luar sana, terdapat ramai wanita kurus yang masih single berbanding dengan wanita berisi. Mengapa?

Selain daripada faktor kecantikan semata-mata, rahsia sebenar untuk mendapatkan teman lelaki terletak kepada tahap keyakinan diri seseorang wanita itu.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa lelaki lebih suka wanita yang berisi.

1. Lebih ceria

Kajian yang dijalan oleh littlewoods.com telah membuktikan bahawa wanita yang berisi dilihat lebih ceria dan ramah. 74% daripada 2000 orang responden wanita yang bertubuh besar mengakui bahawa mereka cukup bahagia dengan berat badan mereka.

2. Keyakinan diri

Sikap positif yang dimiliki oleh wanita yang bertubuh besar ini membantu mereka untuk membina keyakinan diri yang tinggi.

Ada kalanya, wanita berisi ini dilihat lebih menarik berbanding dengan mereka yang bertubuh langsing kerana disebabkan oleh faktor ini.

Cara mereka berkomunikasi, eye contact, gelak ketawa dan tutur kata yang teratur pastinya membuatkan ramai jejaka yang tidak sabar untuk berkenalan dengan mereka.

3. Tidak rumit dalam soal penampilan

Sepeti yang dinyatakan di dalan No. 2, wanita bertubuh besar ini mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, maka, mereka tidak akan merumitkan kehidupan mereka dalam soal penampilan.

4. Teman makan

Aktivtii makan di luar adalah salah sebuah aktiviti yang popular di kalangan mereka yang sedang bercinta.

Secara umumnya, wanita yang bertubuh kurus ini sangat concern tentang berat badan mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya wanita yang bertubuh besar ini menjadi pilihan lelaki di luar sana kerana sanggup meluangkan masa bersama-sama mencuba menu-menu baru pada setiap hujung minggu.

5. Lebih menggeramkan

Percaya atau tidak, ada sesetengah lelaki yang lebih menggemari wanita yang berisi kerana geram dengan bentuk fizikal mereka ini.

Istilah banyak air sering diberikan oleh lelaki kepada wanita-wanita berisi ini.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment