Remaja Berbasikal Lewat Malam Akan Ditahan, Ibu Bapa Akan Jalani Proses Kaunseling - MB Terengganu, Ahmad Razif


KUALA NERUS: Kerajaan negeri meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil tindakan ke atas remaja yang menunggang basikal secara berkumpulan selepas jam 12 tengah malam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata remaja yang didapati menunggang basikal tanpa tujuan selepas jam 12 tengah malam akan dihantar mengikuti kaunseling.

Katanya lagi, ibu bapa remaja terbabit juga akan dipanggil untuk menjalani proses kaunseling dan interaksi secara bersemuka oleh pakar daripada JHEAT.

"Ada antara remaja berbasikal selepas jam 12 tengah malam memberi alasan bosan tinggal di rumah dan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa. 

"Remaja terbabit mengakui keluar melalui tingkap ketika ibu bapa dan ahli keluarga tidur," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: Siakap Keli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment