Janna Nick Tak Kisah Suami Tak Kaya Asalkan Rajin


Sejak diawal kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air, pelakon Janna Nick pernah dikatakan menjalin hubungan sejenis, namun dia menafikan dakwaan tersebut dan ianya fitnah semata-mata.

Baru-baru ini, Janna Nick kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Janna, dia mengakui takut didekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah dibeli dengan wang ringgit.

“Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit,” katanya kepada BH Online.

Menurutnya lagi, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana baginya wang bukan penentu kebahagiaan.


“Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang sikap terbukanya berkawan dengan golongan LGBT, dia tidak boleh membataskan pergaulannya memandangkan dia merupakan seorang ahli perniagaan.

Gambar Terkini Janna Nick




Sumber: ROTIKAYA
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment