Perintah Gaji Minimum Diwarta Bulan Ini


KUALA LUMPUR: Perintah berkaitan kadar gaji minimum baharu akan diwartakan bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata perkara itu selaras seperti janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, dengan kajian setiap dua tahun.

"Kami harap had gaji minimum dapat dinaikkan sehingga RM1,500 menjelang satu penggal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan," katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-UMNO Rompin) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Kulasegaran berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara selesai menjalankan kajian semula kadar gaji minimum dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

"Ketika ini, masih terlalu awal untuk melihat kesan pelaksanaan gaji minimum.

"Selepas kedudukan kewangan pulih, kerajaan yakin pelbagai inisiatif dapat dilakukan untuk menaikkan pendapatan rakyat," katanya.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment