Saya Sudah Letak Jawatan Dalam OPCOM - Mukhriz


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau mempunyai sebarang kaitan dengan tawaran projek bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada pengeluar produk fiber optik, Opcom Holdings Bhd (OPCOM) berikutan sudah meletak jawatan dalam syarikat itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak terbabit sama sekali dalam pengurusan syarikat berkenaan, namun masih mengekalkan pegangan saham yang dicagarkan kepada bank.


"Saya meletak jawatan (dalam OPCOM) sebelum menjadi Timbalan Menteri lagi pada 2009 dan perkara itu semua ada dalam pengisytiharan aset dan liabiliti kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Jadi apa jua keputusan dibuat OPCOM, saya tidak langsung terbabit mahu pun ambil tahu, " katanya pada sidang media selepas melancarkan Sistem Online Syariah MyReCourt di di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan di laman sosial mengatakan OPCOM yang meraih projek TM bernilai RM11.16 juta mempunyai kaitan dengan Mukhriz dan keluarganya.

Pada masa sama Mukhriz berkata, pihaknya juga tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan pihak TM yang menganugerahkan projek terbabit. - BH Online
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment