13 Tahun Merokok Sampai Paru-paru Bocor, Lelaki Ini Menyesal Kini Terlantar Sakit


Sering kali kita baca perkongsian orang ramai mengenai individu yang bertarung nyawa dengan pelbagai penyakit berbahaya kesan daripada rokok.

Tidak terkecuali seorang lelaki, Seam Firdaus yang kini menderita paru-paru bocor setelah merokok sejak 13 tahun lalu.

Menurut Seam, dia yang kini menyesal dengan tabiatnya itu berkata, rokok tidak menjadikan seseorang itu lebih kacak dan bergaya sebaliknya akan menderita sepanjang hayat.

“Merokok takkan membuat kamu jadi lebih cool, takkan membuat kamu jadi makin kacak dan takkan buat hidup kamu bahagia,” katanya.


Pemuda berasal dari Bekasi, Indonesia itu berkata, aktiviti hariannya kini terbatas. Bukan itu sahaja, penyakitnya itu akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.


Berikutan itu, Seam menyeru orang ramai supaya berhenti merokok sebelum menyesal di kemudian hari kerana tabiat tersebut bukan sahaja menghabiskan wang ringgit, malah merugikan masa dan menyusahkan orang sekeliling.



“Lebih baik berhenti merokok dari sekarang sebab sakit itu tidak enak, rugi waktu, duit bayar proses rawatan dan buat kenalan berasa risau,” ujarnya.

Seam berkongsi pengalamannya itu di laman Facebook miliknya selain turut memuat naik beberapa keping gambar ketika menjalani rawatan di sebuah hospital.



Sumber: Seam Firdaus via https://ift.tt/1CZ3HGv
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment