Penuh Sayu, Jemaah Umrah Uyghur Lambai Kaabah Sebelum Pulang Ke Negara Asal


Hujung tahun sememangnya menjadi pilihan masyarakat Muslim di segenap pulusuk dunia untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Tidak terkecuali masyarakat Muslim Uighur yang tinggal di kawasan Xinjiang, China yang datang ke Makkah dengan penuh kepayahan.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook, sekumpulan etnik Uyghur yang telah selesai melakukan umrah dilihat melambaikan tangan ke arah Kaabah sambil mengalirkan air mata.


Suasana itu menunjukkan betapa sayunya hati mereka untuk meninggalkan Tanah Suci yang penuh barakah itu.

Sementara itu, kapsyen pada video tersebut menyebut jemaah umrah Uighur itu sangat keberatan untuk pulang ke tanah air apabila memikirkan mengenai kebebasan beragama yang sudah musnah akibat kekejaman kerajaan China sendiri.


Sejak kebelakangan ini, etnik tersebut telah mendapat perhatian masyarakat Islam di seluruh dunia kerana penindasan yang berlaku ke atas mereka selain kehidupan beribadat mereka telah disentap.

Namun, penderitaan mereka sedikit terubat apabila menerima sokongan masyarakat dunia termasuklah pemain bola sepak dunia, Mesut Ozil yang lantang mengkritik China sehingga siaran langsung perlawanan Arsenal menentang Man. City tidak disiarkan di negara tersebut.



Sumber: mikihattkopi via https://ift.tt/2TP95R3
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment