“Saya Berhasrat Lakukan Sumpah Laknat Jumaat Ini”- Najib


Berikutan pengakuan sumpah Azilah Hadri dibuat 16 Disember lepas yang mendakwa menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk membunuh Altantuya Shariibu.

Bekas PM berkenaan menyatakan bakal membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan tersebut.

Hasratnya dinyatakan melalui laman Facebook miliknya sebentar tadi.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.

Sekian, terima kasih.

Najib sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dengan konspirasi berkenaan.


Sumber: Najib Razak, Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment