Cara Buat Perangkap Nyamuk Sendiri Yang Mudah Dan Berkesan Menggunakan Bahan Buangan Yang Terdapat Di Rumah Anda..


Cara Buat Perangkap Nyamuk Sendiri Yang Mudah Dan Berkesan Menggunakan Bahan Buangan yang terdapat di Rumah Anda. Bagaimana Cara untuk membuat perangkap nyamuk di rumah anda? Ikuti tutorial membuat perangkap nyamuk dibawah :

Bahan-bahan Untuk Membuat Perangkap Nyamuk Sendiri

200 ml air
50 gram gula merah
1 gram ragi
botol plastik yang telah digunakan saiz besar
Tape atau kain

Langkah-langkah Membuat Perangkap Nyamuk Yang Lebih Mesra Alam

1. Ambil dan potong dibahagian tengah botol plastik yang disediakan tadi. Simpan bahagian atas atau mulut botol.

2. Selepas itu, sila campurkan gula merah bersama air panas. Biar gula merah yang telah dicampurkan air panas sehingga sejuk. Apabila sudah sejuk tuangkan nya ke dalam potongan bawah botol.

3. Tambah ragi. Jangan kacau ragi tersebut kerana ragi bertujuan untuk menghasilkan karbon-dioksida.

4. Masukkan potongan botol bahagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong. Rujuk gambar diatas.

5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan biarkannya di mana-mana bahagian sudut rumah.


Dalam tempoh masa kira-kira 2 minggu, lihat hasilnya. Selamat mencuba. - Sehinggit Media
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment