Lindsay Lohan Padam Semua Gambar di IG, Letak 'Alaikumsalam' Pada Profile


Sebelum ini dunia digemparkan dengan tersebarnya gambar, Lindsay Lohan berjalan sambil memegang senaskhah Al-Quran. Lohan sendiri ada mengakui yang dirinya sedang mendalami Quran. Kemudian, hujung tahun lalu Lohan meluangkan masa di kem pelarian Syria sambil memakai tudung. 

Terbaru, Lindsay Lohan telah memadam kesemua gambarnya di Instagram dan hanya meninggalkan 'Alaikumsalam' pada profile nya. Mungkin ini persediaan wanita berusia 30 tahun pada tahun ini yang berpindah ke Dubai. Lohan mahu luangkan masa sebanyak mungkin bersama perlarian di Turki dan memulakan syarikat produksinya di Dubai. 


"Kawan rapat saya, yang telah berada bersama saya di London merupakan orang Arab dan mereka memberi saya al-Quran dan saya membawanya ke New York kerana saya ingin belajar," dedahnya di rancangan TV Turki Haber Turk.


"Al-Quran membuka pintu untuk saya mendalami rohani, untuk mencari satu lagi maksud sebenar. Ini adalah siapa saya. "

Harap disegalanya dipermudahkan buat Lindsay Lohan 

Sumber: ERA fm
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment