Isu Anak Luar Nikah Ber-bin-kan Kepada Bapa Biologi-nya


PUTRAJAYA 27 Julai - Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

PERMASALATAN:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). - UTUSAN ONLINE

Anak Tidak Sah Taraf di-bin/binti-kan Kepada Nama Bapa Benih-nya.

Hukum Dalam Mazhab Syafi'e

Dalam mazhab Imam as-Syafi'e, anak tidak sah taraf yakni anak hasil zina, TIDAK BOLEH di-bin/binti-kan dengan lelaki yang sepatutnya bapa kepada anak itu. Ini bukan sahaja pegangan mazhab Syafi'e, tapi pegangan jumhur (majoriti) ulama 4 mazhab. Maka hendaklah ia dinamakan tanpa ada bin/binti, atau bin/binti ABDULLAH, atau bin/binti Nama2 ALlāh yang diletakkan Abdul di depan-nya (contoh bin Abdul Rahman) atau bin/binti nama ibu-nya.

Di Malaysia, hanya seorang Mufti di satu negeri sahaja yang berfatwa mengatakan; boleh di-bin/binti-kan kepada lelaki iaitu bapa biologi (tidak sah) kepada anak tersebut. Alasan-nya adalah untuk menjaga malu anak yang tidak bersalah (alasan yang sama dengan netizen2 di internet). Alasan ini sebenar-nya bercanggah dengan ijma' para ulama dan bercanggah dengan dalil.

Malah bercanggah dengan fatwa Ibnu Taimiyyah (ulama idola Wahhabi) sendiri yang mengatakan bayi yang lahir kurang 6 bulan dari tarikh tamkin mesti dinasabkan kepada ibu-nya. Maknanya Wahhabi jadian bangsa Melayu ini juga biadap melawan ulama muktabar-nya sendiri.!?

Isu ini bukan sekadar isu nama. Ianya bukan sebab NAMA semata-mata. Isu ini isu besar, kerana ia melibatkan hak harta pusaka, hak perwalian nikah, isu pemberian nafāqah (nafkah), dan batasan pergaulan dengan keluarga sebelah bapa yang tidak sah-nya itu.

1. Anak hasil zina tidak boleh menerima harta pusaka dari lelaki yang sepatutnya menjadi bapa-nya. Ini kerana telah terputus nasab di antara anak dengan lelaki yang merupakan bapa tidak sah-nya itu.

2. Bapa tidak sah itu juga tidak boleh menjadi WALI pernikahan jika anak tidak sah taraf itu adalah seorang perempuan.

3. Bapa tidak sah itu juga tidak dipertanggungjawabkan untuk menanggung nafkah anak tidak sah taraf itu. Tidak kira sama ada anak itu lelaki atau pun perempuan.

4. Adik beradik kepada bapa tidak sah-nya itu (yang sepatutnya adalah pakcik/makcik kepada anak itu), dikira sebagai bukan mahram, ajnabi, tidak bernasab dengan mereka. Ini termasuk juga melibatkan bab mengenai hal aurat dan sentuhan, dan juga kes batal wudhu (mengikut mazhab as-Syafi'e).

5. Dan lain-lain isu

JADI, ISU NI BUKAN-NYA ISU REMEH dan bukan sekadar HENDAK MENUTUP MALU si-anak yang tidak berdosa itu sahaja (hujah oleh Mufti Perlis).

Rujuk penjelasan website e-fatwa:

Bayi Lahir Lebih 6 Bulan Dari Tarikh Nikah

Ada yang kata kalau beranak lebih 6 bulan dari tarikh nikah, maka sudah boleh di-bin/binti-kan kepada bapa-nya itu, sebenarnya pendapat ini adalah salah faham. Masa 6 bulan itu dari sudut Syari'e adalah tempoh minimum seorang wanita mengandung, 6 bulan itu juga bukan dari tarikh akad nikah, tapi dari tarikh tamkin (tarikh bersetubuh-pancut dalam - mohon maaf bahasa kurang enak sikit tetapi hendak bagi mudah faham).

Kalau puan2 yakin dengan pasti bahawa anak yang puan2 mengandung itu telah disenyawakan di dalam rahim sejak sebelum pernikahan lagi, maka anak itu dikira tidak sah taraf walaupun lahir lebih 6 bulan selepas tarikh hari nikah. Inikan pula jika anak itu lahir kurang dari 6 bulan, maka logiknya, ia adalah anak yang disenyawakan dalam rahim sebelum nikah, melainkan ia dapat dibuktikan dengan kajian berautoriti bahawa anak itu hasil selepas nikah.

Ibnu Qudamah dalam kitab berjudul: "Al-Mughni" menyebut; “Waktu minimum bagi kehamilan ialah 6 bulan”.

Dalil-nya Sayyidina Ali menyatakan bahawa, Surah Al-Ahqaf ayat. 15, ALlāh berfirman: "....sedang tempoh mengandung-nya beserta dengan tempoh menceraikan susu-nya ialah dalam masa tiga puluh bulan....".

Manakala dalam Surah Al-Baqarah ayat. 233, ALlāh berfirman: "Dan ibu-ibu hendak-lah menyusukan anak2 mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu....".

Maka 30 bulan (mengandung dan menyusu) tolak 24 bulan (2 tahun menyusu) adalah 6 bulan mengandung.

Selain Ibnu Qudamah, Ibnu Qayyim juga di dalam kitab-nya "At-Tibyan fi Aqsam al-Quran" menyebut: “Syariah dan fitrah telah menunjukkan bahawa tempoh minimum kehamilan ialah 6 bulan”.

Dari segi perubatan pun, bayi yang dikandung selama 28 minggu adalah hayat mengandung minimum untuk bayi itu survive. "At 28 weeks, more than 90% of babies can survive outside of the uterus if provided with high-quality medical care. The third trimester is from 29 weeks through 40 weeks."


Jadi, logiknya bayi yang lahir kurang 6 bulan dari mula2 ia disenyawakan dalam rahim, biasa-nya tidak dapat lahir dengan selamat (melainkan diizinkan oleh ALlāh). Jadi 6 bulan minimum itu dianggap sebagai borderline, untuk meletakkan hukum yang anak itu adakah dari persetubuhan dalam pernikahan yang sah atau tidak. Jika pasangan tersebut menipu (sembunyikan kebenaran yang sebenar-nya tentang anak itu adalah dari hasil zina), maka itu urusan mereka dengan ALlāh.

Ingat; 6 bulan itu maksudnya ikut kiraan 6 bulan qamariyyah, bukan ikut kalender Masihi.

Fatwa-fatwa di Malaysia

1. Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memfatwakan:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina, atau anak di luar nikah (anak tidak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapa-nya atau tidak, HENDAK-lah di-bin atau dibinti-kan kepada Abdullah."

[Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Terbitan JAKIM, Bahagian Pengurusan Fatwa. Cet. Ke-5. Hlm. 115]

Berdasarkan kepada muzakarah tersebut 8 negeri, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang telah mengadaptasikan dan telah memperjelaskan lagi intipati keputusan itu dalam fatwa di negeri-negeri tersebut walaupun dengan menggunakan pelbagai Sighah (wording) yang berbeza. Malah lima daripada negeri-negeri tersebut, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor telah mewartakan fatwa berkenaan.

2. Ini pula fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli:


Ringkasan Bagi Yang Malas klik link Dan Baca Artikel Yang Panjang:

Dr. Zulkifli suruh kita rujuk dan ikut akta negara atau enakmen negeri, dan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara atau Mahkamah. Tapi Dr. Zulkifli ada menaqalkan warta Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan di atas.

3. Ini pula Fatwa Mufti Negeri Sembilan, Dato Haji Murtadza:


Tidak boleh di-nasab-kan pada suami kepada wanita yang mengandungkan anak tersebut, jika kelahiran bayi itu kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan.

4. Huraian Pejabat Mufti Melaka:


Tidak boleh di-nasabkan kepada suami kepada wanita yang mengandungkan anak tersebut jika kelahiran bayi itu kurang dari 6 bulan dari tarikh tamkin.

Hasil Keputusan Mahkamah Rayuan Baru-baru Ini.

Ia jelas bercanggah dengan hukum Islam.
Intaha.

BANTAHAN DARI PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA

Kenyataan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Saya merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini di dalam kes Rayuan No W-01(A)-365-09/2016 (Nama Pihak Perayu dirahsiakan Mahkamah) mengenai ke-sah-an meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut.

Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut dibuat berdasarkan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tidak sah taraf di-bin-kan kepada nama bapa biologi jika kedua ibubapa bersetuju. Penghakiman tersebut juga mengambil kira bahawa menurut Hukum Syarak anak tidak sah taraf mempunyai limitasi tertentu seperti hak untuk mewarisi (faraid) dan sebagainya.

Selanjutnya isu hak pewarisan dikalangan orang Islam mestilah diputuskan di Mahkamah Syariah jika ke-sah-tarafan dicabar. Orang yang menuntut pewarisan mestilah menentukan dia adalah anak sah taraf.

Secara ringkas alasan Mahkamah Rayuan antara lainnya adalah seperti berikut:

1. Pendaftaran tersebut adalah dibenarkan di dalam Seksyen 2 Akta tersebut dan,

2. Mengelakkan stigma dan kesan psikologi kepada anak-anak tersebut.

Setelah meneliti penghakiman tersebut timbul persoalan adakah Seksyen 13A Akta tersebut adalah berperlembagaan kerana isu sahtaraf anak adalah dalam bidang kuasa negeri melalui undang-undang negeri. Walaupun dijelaskan di dalam penghakiman tersebut ia hanya berkaitan pendaftaran tetapi kesannya akan turut menyentuh kesahtarafan anak, pewarisan dan sebagainya yang tidak dapat dinafikan adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun sebagaimana yang sedia maklum Mahkamah Rayuan tidak boleh mengisytiharkan ketidakberperlembagaan sesuatu undang-undang.

Pendekatan simplistik Mahkamah Rayuan dengan hanya mengambil kira kuasa di dalam Akta Pendaftaran tersebut boleh mengundang pelbagai polemik dan memusnahkan institusi kekeluargaan orang Islam. Akta tersebut tidak boleh dibaca secara berasingan dengan undang-undang lain termasuklah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang sah berkuatkuasa.

Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan tentang kesahtarafan anak. Seskyen 110 khususnya adalah berkaitan dengan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam. Isu kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan, kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat, persetubuhan syubhah dan banyak lagi diperuntukkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam tersebut yang seharusnya menjadi panduan kepada undang-undang lain kerana Akta Undang-Undang Keluarga Islam ini adalah undang-undang spesifik untuk orang Islam, manakala Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 adalah undang-undang yang lebih umum.

Oleh yang demikian, saya mendesak Kerajaan Persekutuan agar meminda Akta ini bagi menghormati "Islam sebagai agama bagi Persekutuan" selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan mengecualikan pemakaian sebahagian daripada Akta ini yang bertentangan dengan Hukum Syarak kepada orang Islam. Malah sumpah Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara agama Islam pada setiap masa juga akan hanya menjadi dekorasi yang tidak diberikan efek undang-undang melalui penghakiman tersebut.

Semua peruntukan mengenai kesahtarafan anak yang bertentangan dengan Hukum Syarak hendaklah dipinda agar tidak terpakai kepada orang Islam.

Kerajaan juga boleh mengambil tidakan lain seperti tidak menghadkan bin kepada Abdullah sahaja (boleh juga dibinkan dengan Abdul Rahman, Abdul Rahim ataupun apa-apa nama lain yang sesuai) untuk mengelakkan stigma tersebut.

Ketika ini di Mahkamah Syariah terdapat kes-kes pembahagian harta pusaka yang mana suatu pihak mendakwa seorang itu tidak layak mewarisi kerana bukan anak sah taraf ataupun hanya anak angkat tetapi dibinkan kepada bapa biologi atau bapa angkat. Kes begini agak sukar diselesaikan sehingga ada yang memerlukan keterangan pakar DNA bagi mengesahkan talian darah bagi anak angkat.

Selanjutnya saya berpandangan adalah tidak wajar mahkamah membuat keputusan semata-mata berdasarkan stigma dan kesan psikologi kepada anak tidak sah taraf dan membelakangi Hukum Syarak. Dengan keputusan sebegini akan mengundang lebih banyak polemik di dalam masyarakat di mana isu pewarisan ketidaksahtaraf anak dan lain-lain menjadi lebih sukar dibuktikan di mahkamah.

Walaupun Mahkamah Rayuan mengatakan ianya hanya isu pendaftaran tetapi kesannya sangat melata akan dirasakan oleh semua orang Islam kelak.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang telah menyatakan akan memohon kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan agar isu ini dapat dimuktamadkan oleh mahkamah tertinggi negara. Mudah-mudah Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan yang lebih menepati Hukum Syarak.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
28 Julai 2017
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment