Lepas Kau Kencing Semua Orang Di Tbs, Kini Kau Kacau Jemaah Di Masjid Pula?


Sila baca karangan panjang saya. Tolonglah kongsikan post saya ini supaya tidak ramai yang terus terkena.

Pada hari Rabu yang lepas, saya ada kerja rumah yang mahu disiapkan sebab due untuk berjumpa dengan penyelia saya pada hari Jumaat ini. Jadi, saya ambil keputusan untuk menyiapkan kerja saya di perpustakaan. Tetapi hari itu, hati tetiba terasa macam mahu buat kerja di Masjid Jalan Duta sebab terletak berdekatan dengan pejabat suami dan boleh pergi sekali.

Setibanya di masjid dalam jam 1030 pagi, saya pun bukalah laptop saya dan jurnal untuk dibaca sebelum mula menulis. Lebih kurang dalam pukul 1130 pagi macam itu, saya nampak ada seorang makcik ini tengah berjalan ke arah saya. Nampak kelam-kabut. Dia bertanya kepada saya sama ada saf ini saf perempuan. Saya jawab, iya betul makcik.

Jadi dari sinilah bermulanya cerita. Makcik tadi beritahu yang dia datang dari Penang mahu menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Dia datang naik bas, tetapi beg bagasi dia sudah hilang dan ‘paling sedih’ bila duit semua sudah tiada.

Dia beritahu yang dia tadi menangis di balai polis, tetapi macam tidak berguna, jadi makcik ambil keputusan untuk singgah di masjid. Saya pun tanya dia, makcik datang seorang diri kah? Balas dia, iya, makcik datang seorang diri saja.

Tambah makcik itu lagi, tahun lepas dia kemalangan di Rawang, suami dan anak dia meninggal. Makcik koma sebulan.

Makcik itu kata yang dia bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Methodist Boys’ School di Pulau Pinang, tetapi sekarang tengah bercuti tanpa gaji. Alasanya tidak boleh fokus mengajar di sekolah. Dia sekarang mengajar di sekolah anak yatim.


Saya minta nombor telefon dia, dia bagi tetapi katanya telefon dia rosak dan sedang dibaiki.

Disebabkan terkesan dengan penderitaan makcik itu, saya pun tawarkan untuk menghantarnya ke HKL. Memandangkan suami saya perlu ke mahkamah di Seremban pada pukul 230 petang, jadi saya fikir sempat kot.

Saya pun Whatsapplah suami. Suami macam keberatan, tetapi dia kemudiannya izinkan saya. Dia siap pesan lagi supaya menjaga dompet, telefon dan laptop elok-elok sebab suami tahu yang saya ini jenis yang cuai.


Masa solat Zohor, makcik ini solat di sebelah saya dan masa solat itulah saya berdoa;

“Ya Allah, kalau makcik ini menipu dan membahayakan aku dan suami, tolonglah jangan izinkan kami tumpangkan dia.”

Tepat jam 215 petang suami telefon. Saya tiba-tiba terasa mahu buang air kecil dan minta suami tunggu sekejap. Tiba-tiba sebab lama sangat buang air, suami saya pun tempahlah Uber untuk makcik ini. Sayang sudah lambat, tadi ralit sangat buat kerja. Saya pun tidak membantah.

Lepas itu kami pun balik. Makcik ini pun balik. Sebelum balik saya bagi dia RM50, saya berniat;

“Ya Allah, kalau suatu hari nanti mak ayah aku ataupun mak dan ayah mentua aku susah, kau datangkanlah orang untuk membantu mereka.”

Petang itu saya call Sekolah Methodist ini mahu sahkan ada atau tidak guru yang bernama Siti Hajar mengajar di sana, kerani itu beritahu tiada. Saya bersangka baik, mungkin dia sudah cuti dari tahun lepas lagi.

Seperti biasa, saya akan cerita pada kawan saya. Dia kemudiannya bagi saya link. Ada satu makcik ini kena berhati-hati.


Jenggg. Saya sudah ditipu. Saya tidak marah pun makcik itu. Malah saya yakin Allah SWT akan bayar balik duit RM50 itu dengan cara yang lain. Tetapi, makcik, itu rumah Allah SWT. Saya dengan ini sertakan gambar swafoto saya dengan makcik itu. Saya sengaja ambil sebab tergerak hati pada masa itu.

Sumber: Norfadhlina Md Noor via www.ohmymedia.cc
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment