Senyap-Senyap Masuk Dobi, Curi Pakaian Dalam Wanita


Kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di dobi layan diri bukanlah suatu perkara yang baru lagi bahkan kini semakin menjadi-jadi.

Terbaru,kejadian berlaku di Dobi Depot di Kuala Pilah pada 21 Oktober lalu sekitar pukul 8.30 malam ketika premis tersebut kosong dan tiada pelanggan.

Pemilik Dobi tersebut memuatnaik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki menyelongkar salah satu mesih basuh di premis tersebut sebelum bertindak melarikan pakaian dalam milik pelanggan yang membasuh baju di situ.


Dalam video berdurasi 55 saat itu, dilihat suspek yang memakai baju kemeja-T hitam menyembunyikan pakaian dalam wanita yang diambilnya di dalam seluarnya sebelum meninggalkan dobi tersebut.


Sejurus insiden itu, pihak Dobi Depot mengeluarkan kenyataan di laman Facebook miliknya yang meminta golongan wanita untuk berhati-hati ketika mendobi serta sentiasa mengawasi pakaian mereka selain dari peka dengan keadaan sekeliling.


"Kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di kedai dobi layan diri semakin menjadi-jadi sekarang ini dan terkini terjadi di Dobi Depot, Kuala Pilah pada 20 Oktober 2017 lalu.

"Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian anda serta peka dengan persekitaran keliling," tulisnya.

Bagi mencegah kejadian yang tak diingin dari berlaku, pihak pengurusan Dobi Depot jugak menyarankan kaum wanita khususnya supaya ditemani lelaki sekiranya mendobi pada waktu malam.

Sumber: Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment