Lori Langgar Lampu Isyarat Ragut Nyawa Abang


Seorang remaja maut selepas dilanggar dan diseret sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Simpang Mentiga Jalan Pekan-Kuantan di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 itu,Mohamad Adib Jasni, 18, yang membonceng motosikal ditunggang abangnya, Mohamad Alif, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Amran Sidek berkata, Mohamad Alif pula cedera di kaki kiri dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pekan itu melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa yang sedang membelok untuk masuk ke Simpang Mentiga,” katanya di sini hari ini
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment