Takutkan Ugutan Suami, Wanita Biarkan Anak Jadi Mangsa Rogol Bapa Sendiri Selama 3 Tahun


Macam-macam kes zaman sekarang berlaku. Selalunya apabila kita mengetahui diri atau orang lain di dalam masalah, kita akan bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dikenakan secepatnya. 

Apa yang berlaku di Saratok mungkin menjadi sebaliknya. Malah ianya menimpa anggota keluarga sendiri. 

Menurut laporan NST, seorang ibu bertindak mendiamkan diri apabila mengetahui anaknya menjadi hamba seks kepada bapa kandungnya. 

Ibu berkenaan yang berusia 40 tahun mengatakan bahawa dirinya telah diugut oleh bapa mangsa atas cubaan masuk campur dan disebabkan itu dia tidak berani melaporkan hal berkenaan kepada sesiapa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, siasatan masih dijalankan untuk memastikan “kesahihan” tuntutan yang dibuat oleh ibu mangsa.

Si anak yang sudah tidak tahan akan penderaan seksual yang dilakukan bapanya kemudian mengadu akan masalahnya itu kepada pihak kaunselor sekolah.

Dia juga melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh bapanya sebanyak tujuh kali sejak dia berusia 12 tahun. Tambahnya lagi, dirinya telah dirogol buat pertama kali di sebuah pondok yang terletak di ladang kelapa sawit Kabong pada tahun 2014 dan insiden selebihnya telah mengambil tempat di rumahnya sendiri di Kampung Kabong.

Si bapa yang juga seorang petani telah pun ditahan polis dan akan direman sehingga 1 September untuk siasatan lanjut. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang akan membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan juga sebatan jika disabitkan bersalah.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama atau tahu sesiapa yang mengalami masalah sedemikian, laporkan sahaja kepada polis. Kenapa nak sorokkan benda yang salah? Kalau takut diugut, biarkan polis saja yang uruskan

Sumber: LobakMerah
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment