Peniaga Air Stadium Dikecam Teruk Oleh Netizen Kerana Bancuh Milo Pakai Air Paip


Tular di media sosial apabila seorang peniaga air di stadium ‘kantoi’ bancuh Milo pakai air paip dan perbuatannya itu dirakam netizen.

Bahang perlawanan final bolasepak Sukan SEA 2017 kian terasa, perlawanan antara Malaysia melawan Thailand bakal menjadi tumpuan penyokong masing-masing. Namun insiden ini telah menyebabkan ramai berang dan loya tekak selepas mengetahui proses sebenar.


Seorang pemuda dilihat menggunakan tong air dan mengisinya menggunakan air paip sebelum menggunakan air tersebut untuk dibancuh membuat air Milo yang dijual pada orang ramai.


Kejadian ini sebenarnya bukan perkara baru, namun ia menjadi tular kerana disertakan dengan bukti bergambar. Adakah anda yakin dengan apa yang anda minum selama ini?


Kepada peniaga, berniagalah secara jujur jangan berpaksikan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kesihatan orang lain.


“Tepuk perut, muntahlah sekarang”

Sumber: http://ift.tt/2vtVXjd
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment