"Saya Kecewa Dato Gebang-Gebang Kata Video Dato Nak Lawan Taylor Swift And Katy Perry. Hakikatnya Video Dato Ni Sangat Sedihhhhh." - Netizen


Video muzik single Datuk Seri Vida yang berjudul I Am Me kini sudah dimuat naik ke YouTube. Dalam video itu, Vida dihiasi dengan kilauan emas permata dan wang ringgit dan bagi usahawan popular ini, dia bukan mahu riak tetapi inilah yang diinginkannya dalam video muziknya.

Video itu dimuat naik semalam ke rangkaian YouTube DSV semalam dan setakat ini sudah ditonton lebih 30,000 kali dan mendapat lebih dua ribu likes.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Vida memberitahu telah membelanjakan RM 1 juta untuk menghasilkan video muzik tersebut yang turut disertakan sari kata bahasa Melayu dan bahasa Korea.

Bagaimanapun, ada Netizen meninggalkan komen yang hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan kos RM 1 juta yang telah dilaburkan. 


Menurut Chum Buzz:

Maaf la Dato.. saya rasa kualiti video ni amat bagus… cuma cara video ni di-shoot dan bagaimana video ni dirakam saya rasa tak berbaloi.. sepatutnya Dato kena pilih Director yg betul betul mantap. Saya tak rasa vibe international…???? sepatutnya lagu Dato akan lebih mantap dengan music video yg mantap

Teropong Ajaib menulis:

Dato kenapa lambat dah kurang fenomena i am me nyer…. agak kecewa sbb ingat ada tarian² khusus ke apa ( sbb kata nk setanding Psy,PPAP etc kan) next time dah siap semua MV baru dato release lagu… macam omputeh first day release single dh siap ada MV baru go viral and views meningkat.. bukan apa takot basi #Komenikhlas

Apa pun, video muzik asal I Am Me mendapat 8.6 juta tontonan dengan lebih 64,000 likes. Ia juga mendapat reaksi dari Netizen Timur Tengah dan Korea Selatan.

Diharap video terbaru ini akan mencipta fenomena memandangkan lagunya catchy dan infectious. 


Sumber: http://ift.tt/MdxUOV
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment