Hilang Selepas Pergi Ke Kebun Sawit, Rupa-Rupanya Berada Dalam Perut Ular Sawa


Detik ngeri yang memaparkan satu mayat lelaki dibawa keluar dari perut seekor ular sawa tujuh meter tersebar di internet.

Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Tribun, mangsa, Akhbar Salubiro, 25, hilang pada malam Ahad apabila pergi ke kebun untuk memungut kelapa sawit di sebuah kampung pendalaman di barat Sulewesi, Indonesia.

Penduduk kampung memulakan pencarian dan menemui seekor ular sawa gergasi yang kelihatan seperti keletihan pada keesokan harinya.

Perut ular terbabit kemudian dibelah menggunakan pisau sepanjang 18 inci dan mayat Akhbar ditemui di dalamnya.


"Awalnya, Akbar berangkat dari rumahnya sekitar pukul 07.00, menuju kebun sawitnya membawa alatan," kata Setiausaha Desa, Junaedi kepada TribunSulbar.com.

"Penduduk di sini dengar ada orang menjerit sekitar pukul 13.00, tapi dianggap orang memburu babi. Jadi, suara minta tolong tidak dihiraukan," ujarnya.

Akbar mula disyaki hilang oleh keluarga kerana tidak pulang seharian. Kebiasaannya, Akhbar akan pulang pada waktu siang.

Video kejadian itu tidak dimasukkan ke artikel ini kerana mempunyai elemen ngeri. Tetapi, bagi yang berani, boleh melihat video berdurasi 5 minit itu di laman Tribun.

Sumber: Siakap Keli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment