Rela Serah Diri Gara-Gara Terhutang Budi - Wanita Ditahan Di Dalam Bilik Sebuah Hotel Bersama Kekasih Selepas Suami Buat Laporan


Kuala Terengganu: Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan mengaibkan bersama lelaki bukan beragama Islam.

Kecurangan wanita berkenaan dikesan selepas pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memeriksa sebuah blok hotel di Kuala Nerus, dekat sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 7.35 pagi, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalin cinta dengan lelaki terbabit selepas dikatakan terhutang budi selepas teman lelakinya itu membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami wanita berkenaan.

Menurutnya, suami wanita terbabit yang berusia 30-an dikatakan mengambil keputusan melakukan siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya kerana sering mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan mereka berjumpa.

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment