Shuib Sepahtu, Lelaki Yang Patut Dijadikan Sebagai Contoh Suami Idaman


Ada-ada saja kejutan membahagiakan daripada Shuib Sepahtu buat isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Daripada baru berkahwin sampai beranak-pinak, misi Shuib tetap sama iaitu meraikan wanita yang paling dicintainya!


“SETIAP kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak de hadiah tapi tahun ni hadiah paling besar dia bagi, RUMAH! Syukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar… Syukur alhamdulillah, thank you LOVE…”

Caption yang dimuatnaik oleh Siti Sarah Raissuddin kira-kira 40 minggu yang lalu itu diiringi dengan foto berikut:


Kemudian Sti Sarah menulis caption berikut diiringi foto dia sedang berjalan memimpin tangan anak, menyusuri interior rumah agam yang dihadiahkan Shuib.

Thank you so much my LOVE @shuibsepahtu…

Mengapa Shuib Sepahtu wajar dijadikan contoh suami idaman zaman ini? Ini Sebab-sebabnya:

Shuib Sepahtu bukanlah suami berwajah kacak yang boleh membuat hati wanita bergetar berdetak-detak. Dia juga bukanlah lelaki sado yang memiliki badan pejal mantap berketak-ketak. Tetapi ada sesuatu tentang Shuib yang wajar dicontohi oleh para suami zaman ini. Kami senaraikan sebab-sebabnya.

1. Dia suami yang masih tegar romantik walau sudah 6 tahun bernikah

Shuib meninggalkan setangkai mawar merah di atas meja kamar tamu, membuat Siti Sarah terkejut melihatnya.

2. Suami bekerja keras menebus masa lalu dan memberikan hanya yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya pada masa depan

Tekun betul Shuib menyudahkan kerja-kerja perincian rumah agam yang dihadiahkannya buat Siti Sarah. Semua itu berkat titik-peluhnya bekerja kuat mengumpul wang selama bertahun-tahun.

3. Suami berinisiatif membalas pengorbanan isteri yang setia mendampinginya saat dia miskin

Mereka dulu bernikah dalam keadaan serba susah dan serba tiada. Enam tahun selepas itu, barulah tercapai hasrat Shuib untuk meraikan Siti Sarah dalam majlis perkahwinan yang indah dan serba gemilang.

4. Suami yang sentiasa ada untuk meringankan beban isteri

Walaupun Shuib sendiri tidak berapa sihat, anak yang demam tetap erat dalam dakapannya.

5. Suami yang tidak lupa dan tidak sombong berdoa memohon keberkatan Allah SWT

Shuib merenung masa silamnya sambil menadah tangan memohon keberkatan Allah SWT.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment