Bau Ketiak Lelaki Mampu Jadi Penawar Stress Wanita


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala stress yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini sebenarnya muncul dari Bahagian Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu.

Kajian yang dilakukan di sana membuktikan bahawa keringat lelaki buat kaum wanita boleh menurunkan stress, membantu relaksasi dan mengatur haid.


Seperti dilaporkan dalam Jurnal Bilogly of Reproduction America sebelum ini, ekstrak ketiak yang sengaja ‘diproses’ dari lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh ‘digoda’ dengan bau lawan sejenisnya.

Di dalam ujikaji yang dilakukan itu, parfum alami/semulajadi ini kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun. Tentunya tanpa memberi tahu bahawa itu adalah bibit keringat lelaki dan hanya dihebahkan bahawa mereka sedang menguji suatu aroma pafrum baru.

Enam jam pertama setelah itu, skala mood wanita yang disapu parfum yang diperbuat dari bibit keringat lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, parfum ketiak lelaki ternyata dapat juga membuat wanita menjadi kurang tegang dan stress.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment