Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri


Jakarta: Seorang doktor di sebuah hospital meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari berturut-turut kerana menggantikan rakannya yang bercuti bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut laporan media tempatan, Dr. Stefanus Taofik meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya malam semalam selepas beliau bertugas tanpa henti selama empat hari.

Doktor berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.


Stefanus turut terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.

Pengorbanan dan pemergian doktor tersebut diumumkan oleh akaun Twitter perubatan Indonesia, blogdoktor, yang turut memuat naik foto doktor itu.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.

Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Ikatan Dokter Indonesia (IDI) mengesyaki doktor muda spesialis itu meninggal karena penyakit brugada syndrome.

*Sindrom Brugada adalah ketidaknormalan system listrik jantung yang mengakibatkan gangguan irama jantung yang membahayakan jiwa (aritmia)

Sumber: Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment