Adik Julia Perez Sahkan Kakaknya Telah Meninggal Dunia


Jakarta: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Julia Perez dilaporkan telah meninggal dunia hari ini selepas menderita sekian lama kanser yang dihadapinya, lapor Harian Metro.

Berita pemergian Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe telah diumumkan oleh adiknya, Anggit, menerusi akaun Instagramnya @anggitheperez.


"Innalillahiwainnailaihirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez," tulis Anggit di laman Instagramnya bersama gambar arwah Jupe diatas katil hospital.

Beliau meminta agar semua pihak mendoakan kakaknya itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada Allahyarham ketika menjalani rawatan. 

Sumber: Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment