Ada Orang Buang Sisa Toksik, 23 Penduduk Dikejar Ke Hospital Terhidu Gas Beracun

DIFAHAMKAN ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang tujuh tong sisa toksik berbahaya di Kampung Tambak Paya, Melaka.

Akibat daripada perbuatan itu, dilaporkan seramai 23 orang penduduk kampung berkenaan, telah dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai dari tong sisa toksik yang dibuang di dalam sebuah rumah kosong.


Difahamkan pihak bomba dan penyelamat telah mengarahkan berpuluh-puluh rumah penduduk di kawasan berkenaan supaya dikosongkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gangguan masalah kesihatan.

Gas beracun tersebut difahamkan berbau busuk, memedihkan mata dan tekak. Justeru edaran topeng muka telah dibuat bagi melindungi penduduk di kawasan berkenaan.


Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar memaklumkan melalui akaun media sosial miliknya, menyeru orang ramai agar tidak masuk ke kawasan Tambak Paya, kerana kejadian itu.

Sumber: Milo Suam
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment