Polis Bawa Suspek Ke Tapak Tahfiz Terbakar, Arah Buat Lakonan Semula


Berikutan tragedi kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiyah, pihak polis dipercayai membawa lebih daripada seorang suspek untuk melakukan lakonan semula di lokasi kebakaran.

Pada jam 2.15 petang tadi, polis mula mengarahkan orang ramai yang berada berhampiran pusat tahfiz itu, supaya mengosongkan kawasan tanpa menyatakan tempoh larangan itu dibuat.

Pita kuning polis telah diletakkan di pintu masuk tasik, serta di bahagian belakang dan masjid di sebelah.

Kira-kira lebih 20 anggota polis ditugaskan membawa suspek kejadian dan membuat lakonan semula di beberapa lokasi berdekatan tasik, belakang masjid dan laluan belakang pusat tahfiz tersebut.

Beberapa anggota polis dilihat mengawal ketat lalu lintas dan petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan kejadian semasa proses lakonan semula dijalankan. - Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment