Harga Tiket Wayang Mahal, Beto Simpati Pada Yang Tidak Mampu


Setiap kali apabila munculnya sebuah filem baru pasti ramai yang akan menyerbu panggung wayang untuk menonton filem kegemaran masing-masing.

Namun jika diperhatikan, harga tiket untuk menonton wayang kini semakin mahal sekarang dan mungkin ada yang tidak mampu untuk menonton di pawagam sehinggakan ada yang mengambil jalan mudah dengan menonton filem tersebut secara online.

Hal ini juga turut menjadi perhatian salah seorang pelakon lelaki popular, Beto Kusyairy yang turut merasakan harga tiket untuk menonton di pawagam sekarang amat mahal.

Beto telah meluahkan hal ini menerusi akaun twitternya dengan menyatakan rasa simpati kepada segelintir masyarakat yang mahu menonton dan menyokong tetapi tidak berkemampuan.


Terdapat beberapa individu yang bersetuju dengan pendapat Beto tentang harga tiket yang mahal dan disebabkan itu mereka lebih memilih untuk menonton filem kegemaran mereka secara online.

Namun begitu, Beto menjawab segala komen tersebut dengan cara yang sangat positif.




Pujian boleh diberikan kepada Beto yang memahami situasi masyarakat yang tidak mampu untuk menonton di pawagam kerana harga tiket yang mahal.

Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan oleh Beto tentang kerjaya sebagai anak seni itu juga ada benarnya. Jika semua pihak sudah mula menonton secara online, itu boleh menjadi punca yang mematikan kerjaya sebagai seorang anak seni.

Sumber: MEDIA HIBURAN
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment