Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya Tahun Depan


Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya. Sajat yang sinonim dengan Let's Cantik Jangan Mengata menyatakan sekiranya tiada aral melintang, dia akan mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya hujung tahun depan .

Bagaimanapun, Sajat pada masa ini menegaskan dia masih mahu mencapai target dalam hidupnya yang masih belum dikecapinya serta mahu mengembangkan lagi empayar perniagaan yang dibina.

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya yang dipetik dari laporan mStar Online.


Sajat juga mengakui sudah memiliki kekasih hati dan mengakui jejaka itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Diminta mengulas mengenai soal kekasih, Sajat lebih terbuka bercerita mengenainya.

"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," katanya


Ketika ditanya tentang lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat mengatakan ianya merupakan publisiti murahan yang cuba dicari Raja Report Malaysia itu dengan mengaitkan dirinya dan Datuk Seri Vida.

"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," katanya.

Sumber: Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment