Bayi Meninggal Dunia Tidak Lama Selepas Dilahirkan Ditemui ‘Hidup Semula’ Semasa Dalam Perjalanan Ke Tempat Pengebumian!


Varsha Bidawat berusia 21 tahun telah melahirkan anak kembar pramatang di Max Healthcare di Shalimar Bagh di Delhi, India. Doktor kemudian memberitahu bahawa kembarnya telah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan. Ibu muda itu sangat sedih tetapi dia juga tiada pilihan selain mempersiapkan kembar itu untuk dikebumikan.

Varsha dimasukkan ke hospital. Aashish Kumar, suaminya berkata, “Doktor memaklumkan kepada saya bahawa Varsha berada dalam tahap kritikal untuk bersalin dan harus dimasukkan ke ICU dengan segera.”

Max Healthcare di Shalimar Bagh mengisytiharkan bahawa pasangan kembar itu telah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan


Dia telah melahiran sepasang kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Aashish menjelaskan:

“Doktor memberitahu bayi perempuan telah meninggal dunia tidak lama selepas dia dilahirkan, sementara bayi lelaki berada dalam keadaan kritikal.”

“Anak lelaki saya kira-kira 75 gram dan dia dinasihatkan untuk menjalani rawatan selama tiga bulan di Unit Rawatan Rapi Neonatal dengan kos 50,000 sehari”

“Doktor memberitahu kami pada jam 1.30 petang bahawa bayi lelaki juga meninggal dunia ketika masih dalam ventilator. Mereka membungkus mayat kedua-dua bayi dan menyerahkannya kepada kami. “


Tetapi ketika mereka menuju ke tempat pengebumian, keluarga itu kemudian ternampak akan sebuah beg yang berisi mayat bayi itu bergerak.

“Kedua-dua beg berisi mayat itu dibawa oleh bapa mertua saya dan dia melihat ada beberapa pergerakan. Kami segera menghentikan kereta itu dan melihat bahawa bayi lelaki sedang bernafas. “

Mereka kemudian bergegas untuk mendapatkan bantuan perubatan terdekat, iaitu di Agarwal Nursing Home di Pitampura


Bayi lelaki itu ternyata masih hidup. Namun, dia berada dalam keadaan kritikal, kerana dia mengidap jangkitan setelah diletakkan di dalam plastik setelah dilahirkan.

Deepak Kumar, bapa saudara kembar, berkata:

“Kami telah membuat FIR terhadap Hospital Max di Balai Polis Shalimar Bagh untuk kesalahan perubatan dan bil perubatan yang tinggi.”

Menteri Kesihatan Kesatuan J P Nadda mengutuk kejadian itu dan mengarahkan agar siasatan segera diadakan.

Hospital itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang mengakui kesilapan mereka. Menurut kenyataan itu mereka sememangnya maklum bahawa bayi tersebut dilahirkan di hospital itu dan kini dirawat di sebuah rumah penjagaan. Mereka juga mengatakan bahawa bayi itu diserahkan kepada keluarganya selepas doktor gagal menemukan tanda-tanda bahawa bayi itu masih hidup. berkata:

“Bayi ini adalah salah satu daripada kembar yang dilahirkan pada pagi 30 November. Kami turut kecewa dan prihatin terhadap insiden yang jarang berlaku ini. “

“Kami telah memulakan siasatan terperinci, sementara menunggu, doktor berkenaan telah diminta untuk mengambil cuti segera. Kami sentiasa berhubung dengan ibu bapa bayi tersebut dan menyediakan semua sokongan yang diperlukan.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Era Baru
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment