Mengejutkan! Wanita Tiba-tiba Lumpuh Bahagian Kiri Muka Kerana Tidur Ketika Rambut Basah


Kita mungkin pernah diberi amaran oleh ibu kita untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur. Namun, mungkin pada masa itu kita menganggap tidur ketika rambut sedang basah boleh menyebabkan selesema.

Namun, tahukah anda bahawa tidur dalam keadaan rambut basah boleh membawa kepada masalah yang lebih besar?

Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah mengalami kelumpuhan di bahagian kiri mukanya kerana tidur dalam keadaan rambut masih basah. Alamak! 

Xiong, 32 tahun yang berasal dari Wuhan, China bekerja di sebuah pusat membeli belah dan sering pulang lewat ke rumah. Oleh kerana itu, dia kerap kali tertidur sebelum sempat mengeringkan rambutnya. Rambutnya dikatakan masih dalam keadaan basah lencun ketika masuk tidur.

Namun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Sewaktu Xiong bangun pagi, dia tiba-tiba sedar bahawa dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka dan mulutnya pula mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi. Takutnya! 


Xiong yang berada dalam keadaan ketakutan segera pergi ke hospital bagi mendapatkan nasihat doktor.

Melalui pemeriksaan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah lumpuh. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut basah. Aduhai…

Di samping itu, doktor juga menerangkan bahawa rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang. Perkara ini lebih cepat terjadi kerana badannya dalam keadaan relax semasa tidur.

Akibat daripada kejadian ini, doktor telah memberi Xiong amaran supaya mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria yang sekaligus boleh menyebabkan jangkitan.

Walau bagaimanapun, Xiong sangat bernasib baik kerana cuma mengalami lumpuh buat sementara waktu. Dia kini dilaporkan telah sembuh selepas menerima rawatan secara intensif selama 10 hari.

Sumber: Lobakmerah.com
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment