Pesanan ‘Win’ Che Ta Buat Zain Saidin, “Jangan Pi Karaoke, Jangan Nak Extend Masjid”


Saat ini memang kisah perkahwinan Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, dengan seorang pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, menjadi perbualan hangat Netizen. Kisah ini mendapat perhatian kerana Izreen berkahwin sebagai isteri kedua Ude secara rahsia, tanpa pengetahuan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Azman, 32.

Antara kenyataan Izreen yang paling mendapat reaksi Netizen ialah alasannya bahawa dia ‘hanya extend masjid (yang dibina terlebih dahulu oleh Ude dan Intan), bukan runtuhkannya’.

Apa yang menarik, pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan telah memuat naik gambarnya sedang bekerja di Kelantan sambil menulis kapsyen meminta Zain agar tidak ‘extend masjid’.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kapsyen yang ditulis Che Ta mendapat sambutan pengikutnya yang menganggap tulisan Che Ta itu ‘win’ dan kelakar.



Sebelum ini, Izreen mengeluarkan beberapa kenyataan sebagai alasan mengahwini Ude tanpa pengetahuan isteri pertamanya, dan Izreen mendapat cemuhan netizen disebabkan alasan yang diberikan. Sehinggakan pelakon itu terpaksa menutup ruangan komen di Instagram untuk tidak mengeruhkan keadaan.


Che Ta pula mungkin berniat bergurau senda dengan suaminya yang muda itu. Apa pun, kalau penulis jadi Izreen, mungkin berdesing juga kalau membacanya. Apa pun, itu jalan yang dipilih, maka perlu mengharungi cabarannya. Tak gitu? 

Sumber: beautifulnara.com
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment