(Video) Akibat Berang Cucu 5 Tahun Curi Duitnya, Lelaki Dera Dengan Biar Kemaluan Kanak-Kanak Itu Digigit Monyet


Tindakan kejam, itulah kata-kata yang boleh digambarkan dengan tindakan seorang lelaki warga emas yang melakukan tindakan diluar batas kemanusiaan.

Mana tidaknya, gara-gara cucunya yang berusia lima tahun mencuri duit miliknya, lelaki berkenaan telah bertindak nekad mendera kanak-kanak tersebut dengan membiarkan kemaluan cucunya itu digigit monyet peliharaannya sebagai pengajaran.

Memetik laporan portal berita Tribunnews, kejadian berlaku di Desa Brambang, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia di mana kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis yang kini giat mencari bukti.

Kisah ini menjadi bualan ramai selepas sebuah video yang berdurasi kira-kira 6 minit 50 saat menjadi tular di sana dan menimbulkan rasa marah penduduk tempatan.



Berdasarkan video, kanak-kanak malang itu ditelanjangkan sebelum lelaki tersebut memegang tangannya dan membiarkan monyet peliharaannya mengigiti kemaluan kanak-kanak itu selain beberapa kawasan tubuh badannya sambil berulang-ulang kali meraung meminta maaf dan menahan sakit.

Menurut pihak Polis Kota Pasuruan, AKBP Rizal Martomo, pihak mereka kini belum mengeluarkan laporan siasatan kerana masih menyiasat kejadian ini.

"Kalau memang ditemukan minimal dua alat bukti, maka bukan tidak mungkin statusnya akan dinaikkan. Saat ini, kami sedang melanjutkan pemeriksaan."

"Kondisi kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan trauma, Kami juga sedang memberikan rawatan kepadanya dan semalam mangsa turut menjalani perubatan dan kita tunggu hasilnya nanti," jelas Rizal.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana untuk mengajar kanak-kanak itu agar tidak menjadi nakal lagi selepas ini.

"Katanya sih dia (terlapor) ingin memberikan pembelajaran(pengajaran) kepada cucunya yang sudah mencuri uangnya Rp 50.000(RM14) tapi, memberikan pelajaran itu tidak harus dengan cara kekerasan seperti itu," terangnya.

Sekadar diketahui, pemeriksaan itu bermula dari laporan masyarakat yang menyatakan ada datuk yang nekad menganiaya cucunya sendiri menggunakan binatang di mana ada seorang penduduk tempatan merakam aksi itu sebelum memuatnaiknya ke Facebook.


Sumber: Siakapkeli
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment