Dira Tak Payah Sibuk 'Hentam' Fathia Lah, Sembang Kencang!


Siapa tak kenal Fathia Latiff yang sering digelar 'bimbo' kerana postingnya di laman sosial yang sering mencetuskan provokasi dan kontroversi.

Jika dilihat terutama di Twitter, banyak postingnya yang berbaur politik. Terbaru, postingnya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri itu.


Namun, lagak bimbonya itu mendorong Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Khaidhirah Abu Zahar yang lebih mesra disapa Dira menempelak Fathia secara terbuka ketika berbahas pada Perhimpunan Agung tahunan sayap pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin itu 'menghentam' Fathia yang dilabelnya suka meraih perhatian di laman sosial.

"Dia (Fathia) bukan tahu apa pun! Kalau betul dia nak perjuangkan hak rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit...tak payah! Dia boleh duduk diam-diam, betulkan lakonan dia dulu," katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan reaksi netizen, ramai yang kurang berkenan dengan tindakan Dira itu kerana menganggap dia terlalu angkuh ketika 'membasuh' Fathia.

"Dira pun perlu perbetulkan hidup sebelum sound orang lain. Kenapa Fathia tak ada hak bersuara sebagai rakyat pulak?

"Bongkak sangat awak ni, Dira. Terlebih makan dedak eh? Kesian," tulis netizen.




Amboi, kaw kaw Dira bagi. Mesti menusuk kalbu Fathia bila tengok Dira kutuk dia macam tu sekali. 


Sumber: CARI forum
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment