Azhan Rani Ditahan Polis Kerana Disangka Rakyat Myanmar..! Apa Yang Azhan Rani Buat Pada Polis Itu Memang WIN..


Kebanjiran pekerja asing di negara ini tidak boleh dinafikan lagi. Boleh dikatakan ke mana sahaja kaki melangkah, ada saja golongan ini di sekeliling kita. Kadang-kadang, macam berada di luar negara pula padahal hanya berjalan-jalan di sekitar ibu kota.

Rupa mereka pun ada yang iras dengan orang tempatan. Orang kita pun ada yang mirip dengan mereka. Tak banyak beza, boleh tertukar juga seperti yang terjadi kepada pelakon Azhan Rani. Kulit sawo matangnya menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada anggota penguasa bertugas yang meronda di kawasan rumahnya.


Mula-mula minta pasport, kemudian IC


Baru sebentar ditahan 3 anggota polis ketika berlari berteduh dari hujan ke workshop depan rumah. “minta pasport?” aku tanya kenapa.. lepas tu dia terkejut dengan bahasa melayu aku “minta i/c “

Ni bukan yang berlakon dengan Ayda Jebat semalam ke?


Aku bagi dan tanya kenapa nampak muka saya macam myanmar ke? diam sekejap dia tanya lagi “kerja mana?” aku jam nak jawap aku kerja kat mana? aku bukan ada office pun.. lepas tu seorang anggota lagi cakap “ni bukan yang berlakon dengan @aydajebat semalam ke?” aku diam je.. lepas tu baru2 diaorang salam… “minta maaf bang”

Memang macam Myanmar pun


Aku blah beberapa langkah.. aku selfie… dan tengok gambar sendiri ..memang macam myanmar pun.. muka terbakar main lari2 sepanjang dua minggu ni.. patut la takde rating pun.. ahhh tapi ini diri aku sendiri .. i’m happy.. syukur Ilahi

Reaksi netizen



Nasib baik polis tengok drama



Sumber: OHBULAN
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment