Malu Dengan Lakonan Lama Di TV, Peminat Baru Pun Terkejut - Diana Amir


Pelakon dan juga pengacara Diana Amir mengakui berasa malu apabila menonton filem lakonannya dahulu ketika masih belum 'berhijrah'.

Memetik laporan Astro Gempak, Diana berharap pihak stesen tv tempatan dapat mempertimbangkan agar tidak menyiarkan lagi filem lama lakonannya. 

"Sejujurnya saya memang berasa malu apabila mengenangkan apa yang terjadi dulu dan sebolehnya saya ingin lupakan segalanya.


"Namun saya tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka daripada menyiarkan filem-filem itu dan saya berharap agar pihak tersebut dapat mempertimbangkan permintaan saya ini.


Diana juga berkata ada di antara peminatnya yang berasa terkejut kerana melihat dia berpakaian seperti itu dahulu. 

"Ada juga peminat yang muda-muda ini terkejut apabila melihat cara pemakaian saya dulu.

"Bagi saya biarlah apa yang berlaku itu menjadi sejarah dalam hidup saya dan mungkin itu adalah kesalahan diri saya pada masa lalu," katanya. 


Sumber: CARI forum
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment