Bapa Jumpa Semula Anak Diculik 9 Bulan Lalu, Terserempak Dengan Penculik Di Pusat Beli Belah


Kes penculikan kanak-kanak banyak kita dengar berlaku di dalam mahupun luar negara. Namun, begitu jarang sekali kita dengar tentang kanak-kanak yang diculik tapi dijumpai semula, lebih-lebih lagi jika anak tersebut sudah terpisah daripada kedua ibu bapa bertahun lamanya!

Menurut Nextshark, seorang lelaki di China telah menjumpai semula anak lelakinya yang hilang 9 bulan lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Chen Zhouhong dilaporkan berjumpa semula dengan anaknya Cheng Jiafu yang berusia enam tahun sewaktu terserempak dengan kanak-kanak itu di sebuah pusat membeli-belah.




Chen secara tidak sengaja terjumpa anaknya yang ditemani tiga orang lelaki dipercayai suspek pemerdagangan manusia di Qingxin Town Plaza pada 21 Februari yang lalu. Tanpa membuang masa, Chen segera menarik kanak-kanak tersebut ke arahnya dan memanggil pihak berkuasa untuk menangkap tiga lelaki terbabit.


Jiafu dilaporkan telah diculik di rumah mereka yang bertempat di Kampung Matang, Qingyuan, Guangdong pada 27 Mei 2016 ketika dia ditinggalkan dengan kakaknya sewaktu Chen keluar bekerja. Kakak Jiafu kemudiannya memberitahu jiran yang berkunjung bahawa adik lelakinya telah diculik oleh individu tidak dikenali.


Tiga suspek lelaki dikenali sebagai Ou, Chen dan Li berjaya ditangkap oleh pegawai polis bertugas. Ketika perbicaraan mahkamah yang berlangsung pada 10 November lalu, Ou dilaporkan mahu menjual Jiafu kepada keluarga lain.

Ou disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara enam tahun dan denda 10,000 Yuan (bersamaan RM6,255), manakala Li dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan Chen hukuman penjara dua tahun atas kesalahan menculik.


Sumber: Lobakmerah.com
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment