Staff Bank Tunduk Kepala Bila Bercakap Dengan Pelanggan, Mereka Selalu Dipesan, Jangan Tenung Mata Pelanggan. Ini Sebabnya..


Menjadi pekerja bank bermula dari staff biasa yang menjaga di kaunter sehinggalah pengurus besar bank semuanya pasti ada cabaran yang tersendiri.

Kata orang untuk jadi pekerja bank ini jiwa kena kental dan sanggup bekerja lebih masa. Jika anda seorang mentaliti yang mahu balik kerja apabila pukul 5 petang anda mungkin tidak layak menjadi pekerja bank.

Paling utama untuk menjadi pekerja bank adalah tahan maki dan tahan dengan karenah berbagai macam ragam manusia. Memandangkan sekarang adalah zaman canggih dan viral anda tidak boleh langsung membuat silap.

Silap hari bulan mungkin muka anda menjadi viral di facebook jika melakukan kesalahan.


Selalunya kakitangan bank yang kerja di bahagian kaunter ini bukannya kurang mesra atau sombong. Ramai yang bercakap dengan pelanggan sambil tunduk kepala.

Kalau nak tahu kenapa mereka jadi seperti itu, bukan mereka saja-saja nak buat seperti itu. Kerja bahagian depan ‘Kaunter Operasi’ ini selalu kena pesan, jangan tenung mata pelanggan, nanti kena pukau.

Itulah masalahnya, bukannya tak pernah terjadi, dah banyak kes pukau yang berlaku sebenarnya.

Orang cakap kerja bank banyak duit dan kaya. Ya betul tidak dinafikan kerja bank banyak duit tapi kalau kaya tu tidaklah. Duit yang bank pun bukan gaji basic tetapi banyaknya adalah claim overtime.

Mereka bekerja overtime bukan untuk tamak mencari duit tetapi atas dasar tanggungjawab kepada kerjanya. Malas untuk tengok kerja-kerja yang bertimbun tidak siap.

Begitulah sedikit sebanyak hakikat seorang pekerja bank. Kehidupan tidak sosial jangan ceritalah. Kadang-kadang terfikir macam tiada life. Masa bersama keluarga, anak, isteri juga tidak banyak.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment