‘SUV Pertama Proton’, Geely Boyue Buat Rakyat malaysia Tertawan.


BAKAL model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Geely Boyue dijangka membuat kemunculan sulung di Malaysia, Jumaat ini. Menerusi e-mel yang baru kami terima, DRB-HICOM Berhad akan memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Berhad.

Pada majlis itu, Geely Boyue turut dipamerkan kepada pihak media. Persoalannya, apakah Proton bakal melancarkan model Boyue tidak lama lagi?

DRB-HICOM sebelum ini pernah menyatakan Proton bakal mengeluarkan SUV pertama berasaskan platform Geely Boyue. Bagi kami, pemilihan Boyue boleh dianggap tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.



2 PILIHAN VARIAN

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).

Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 – 4,500rpm).

Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang spesifikasi enjin yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kelak. Mungkinkah SUV itu dibawa masuk sebagai model penjenamaan semula (rebadge) atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya?


Dalam pada itu, pakar manipulasi foto, Ajerul Antoine sudah melakar beberapa foto dengan menjadikan Geely Boyue sebagai model rebadge Proton.

Jika benar Proton memperkenalkan model rebadge Geely Boyue ke pasaran tempatan, mungkin inilah hasilnya. Lihat saja rekaan Ajerul ini yang pasti membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.

Nantikan laporan dan foto kami, Jumaat ini. Rasa tak sabar pula mahu menanti pelancaran model ‘SUV pertama Proton’! 

Sumber: http://ift.tt/2iUHSYx
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment