Fazura Kongsi Video Sekitar Majlis Tertutup Pernikahan Dan Persandingannya Dengan Fattah Amin..


Tahniah Fazura dan Fattah , Fazura berkongsi sedikit klip video dari saat-saat indah pernikahan mereka berlatar belakangkan lagu perfect , scroll ke bawah untuk melihat video saat bahagia mereka berdua .

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam yang lalu.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.55 malam semalam dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Sebelum ini, pasangan ini membuat sidang media mengumumkan pertunangan mereka pada 13 November lalu.



Dalam sidang media itu juga, mereka turut memberitahu majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Sementara itu, pihak pengurusan Universal Music, turut berkongsi berita gembira dengan pernikahan ini.

“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz,” katanya.




Tahniah Fazura dan Fattah , Moga kekal hingga jannah . aminn
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment